Terma perkhidmatan

Terjemahan ini disediakan untuk kemudahan anda. Versi bahasa Inggeris adalah versi yang terpakai.

GAMBARAN KESELURUHAN
Selamat datang ke nuviebaby! Istilah “kami”, “pihak kami” dan “milik kami” merujuk kepada nuviebaby. nuviebaby mengendalikan kedai dan laman web ini, termasuk semua maklumat, kandungan, ciri, alat, produk dan perkhidmatan yang berkaitan, bagi menyediakan kepada anda, pelanggan, pengalaman membeli-belah yang dikurasi (“Perkhidmatan”). nuviebaby dikuasakan oleh Shopify, yang membolehkan kami menyediakan Perkhidmatan kepada anda.
Terma dan syarat di bawah, bersama-sama dengan sebarang dasar yang dirujuk di sini (“Terma Perkhidmatan” atau “Terma” ini) menerangkan hak dan tanggungjawab anda apabila anda menggunakan Perkhidmatan.
Sila baca Terma Perkhidmatan ini dengan teliti, kerana ia mengandungi maklumat penting tentang hak undang-undang anda dan merangkumi bidang seperti penafian waranti dan had liabiliti.
Dengan melawat, berinteraksi dengan atau menggunakan Perkhidmatan kami, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma Perkhidmatan ini dan Dasar Privasi kami. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma Perkhidmatan atau Dasar Privasi ini, anda tidak sepatutnya menggunakan atau mengakses Perkhidmatan kami. 

BAHAGIAN 1 - AKSES DAN AKAUN
Dengan bersetuju dengan Terma Perkhidmatan ini, anda mengakui bahawa anda sekurang-kurangnya telah mencapai umur dewasa di negara kediaman anda, dan anda telah memberi kami persetujuan anda untuk membenarkan mana-mana tanggungan bawah umur anda menggunakan Perkhidmatan pada peranti yang anda miliki, beli atau uruskan.
Untuk menggunakan Perkhidmatan, termasuk mengakses atau melayari kedai dalam talian kami atau membeli mana-mana produk atau perkhidmatan yang kami tawarkan, anda mungkin diminta untuk memberikan maklumat tertentu, seperti alamat e-mel, maklumat pengebilan, pembayaran dan penghantaran anda. Anda mengakui dan menjamin bahawa semua maklumat yang anda berikan di kedai kami adalah betul, terkini dan lengkap dan bahawa anda mempunyai semua hak yang diperlukan untuk memberikan maklumat ini.
Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengekalkan keselamatan bukti kelayakan akaun anda dan untuk semua aktiviti akaun anda. Anda tidak boleh memindahkan, menjual, menyerahkan hak, atau melesenkan akaun anda kepada mana-mana orang lain.

BAHAGIAN 2 - PRODUK KAMI
Kami telah berusaha sebaik mungkin untuk memberikan gambaran yang tepat tentang produk dan perkhidmatan kami di kedai dalam talian kami. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa warna atau rupa produk mungkin berbeza daripada yang dipaparkan pada skrin anda disebabkan jenis peranti yang anda gunakan untuk mengakses kedai serta tetapan dan konfigurasi peranti anda.
Kami tidak menjamin bahawa rupa atau kualiti mana-mana produk atau perkhidmatan yang anda beli akan memenuhi jangkaan anda atau sama seperti yang digambarkan atau dipaparkan di kedai dalam talian kami.
Semua penerangan produk tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa notis mengikut budi bicara mutlak kami. Kami berhak untuk memberhentikan mana-mana produk pada bila-bila masa dan boleh mengehadkan kuantiti mana-mana produk yang kami tawarkan kepada mana-mana orang, kawasan geografi atau bidang kuasa, secara kes demi kes.

BAHAGIAN 3 - PESANAN
Apabila anda membuat pesanan, anda sedang membuat tawaran untuk membeli. nuviebaby berhak menerima atau menolak pesanan anda atas apa-apa sebab mengikut budi bicaranya. Pesanan anda tidak diterima sehingga nuviebaby mengesahkan penerimaan. Kami mesti menerima dan memproses pembayaran anda sebelum pesanan anda diterima. Sila semak pesanan anda dengan teliti sebelum menghantar, kerana nuviebaby mungkin tidak dapat memenuhi permintaan pembatalan selepas pesanan diterima. Sekiranya kami tidak menerima, membuat perubahan kepada, atau membatalkan pesanan, kami akan cuba memaklumkan anda dengan menghubungi e-mel, alamat pengebilan, dan/atau nombor telefon yang diberikan semasa pesanan dibuat.
Pembelian anda tertakluk kepada pemulangan atau pertukaran semata-mata mengikut Dasar Bayaran Balik kami.
Anda mengakui dan menjamin bahawa pembelian anda adalah untuk kegunaan peribadi atau isi rumah anda sendiri dan bukan untuk jualan semula komersial atau eksport.

BAHAGIAN 4 - HARGA DAN PENGEBILAN
Harga, diskaun dan promosi tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Harga yang dikenakan bagi sesuatu produk atau perkhidmatan ialah harga yang berkuat kuasa pada masa pesanan dibuat dan akan dinyatakan dalam e-mel pengesahan pesanan anda. Kecuali dinyatakan secara jelas sebaliknya, harga yang disiarkan tidak termasuk cukai, penghantaran, pengendalian, kastam atau caj import.
Harga yang disiarkan di kedai dalam talian kami mungkin berbeza daripada harga yang ditawarkan di kedai fizikal atau di kedai dalam talian atau kedai lain yang dikendalikan oleh pihak ketiga. Kami mungkin menawarkan, dari semasa ke semasa, promosi pada Perkhidmatan yang boleh menjejaskan harga dan yang dikawal oleh terma dan syarat yang berasingan daripada Terma ini. Jika terdapat percanggahan antara terma bagi sesuatu promosi dan Terma ini, terma promosi akan diguna pakai.
Anda bersetuju untuk memberikan maklumat pembelian, pembayaran dan akaun yang terkini, lengkap dan tepat bagi semua pembelian yang dibuat di kedai kami. Anda bersetuju untuk segera mengemas kini akaun dan maklumat lain anda, termasuk alamat e-mel, nombor kad kredit dan tarikh luput anda, supaya kami dapat melengkapkan transaksi anda dan menghubungi anda seperti yang diperlukan.
Anda mengakui dan menjamin bahawa (i) maklumat kad kredit yang anda berikan adalah benar, betul, dan lengkap, (ii) anda diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menggunakan kad kredit tersebut bagi pembelian itu, (iii) caj yang anda tanggung akan dihormati oleh syarikat kad kredit anda, dan (iv) anda akan membayar caj yang anda tanggung pada harga yang disiarkan, termasuk caj penghantaran dan pengendalian serta semua cukai yang terpakai, jika ada.

BAHAGIAN 5 - PENGHANTARAN DAN PENYAMPAIAN
Kami tidak bertanggungjawab atas kelewatan penghantaran dan penyampaian. Semua masa penghantaran hanyalah anggaran dan tidak dijamin. Kami tidak bertanggungjawab atas kelewatan yang disebabkan oleh pengangkut penghantaran, pemprosesan kastam, atau peristiwa di luar kawalan kami. Sebaik sahaja kami menyerahkan produk kepada pengangkut, hak milik dan risiko kehilangan beralih kepada anda.

BAHAGIAN 6 - HARTA INTELEK
Perkhidmatan kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada semua tanda dagangan, jenama, teks, paparan, imej, grafik, ulasan produk, video, dan audio, serta reka bentuk, pemilihan, dan susunannya, dimiliki oleh nuviebaby, syarikat bersekutunya atau pemberi lesennya dan dilindungi oleh undang-undang paten, hak cipta dan harta intelek lain.
Terma ini membenarkan anda menggunakan Perkhidmatan untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial anda sahaja. Anda tidak boleh menghasilkan semula, mengedarkan, mengubah suai, mencipta karya terbitan daripada, mempamerkan secara terbuka, mempersembahkan secara terbuka, menerbitkan semula, memuat turun, menyimpan, atau menghantar mana-mana bahan pada Perkhidmatan tanpa persetujuan bertulis kami terlebih dahulu. Kecuali seperti yang diperuntukkan secara jelas di sini, tiada apa-apa dalam Terma ini yang memberikan atau akan ditafsirkan sebagai memberikan lesen atau hak lain kepada anda di bawah mana-mana paten, tanda dagangan, hak cipta, atau harta intelek lain milik nuviebaby, Shopify atau mana-mana pihak ketiga. Penggunaan Perkhidmatan tanpa kebenaran mungkin merupakan pelanggaran undang-undang harta intelek. Semua hak yang tidak diberikan secara jelas di sini adalah terpelihara untuk nuviebaby.
Nama, logo, nama produk dan perkhidmatan, reka bentuk, dan slogan nuviebaby ialah tanda dagangan nuviebaby atau syarikat bersekutu atau pemberi lesennya. Anda tidak boleh menggunakan tanda dagangan tersebut tanpa kebenaran bertulis nuviebaby terlebih dahulu. Nama, logo, nama produk dan perkhidmatan, reka bentuk dan slogan Shopify ialah tanda dagangan Shopify. Semua nama, logo, nama produk dan perkhidmatan, reka bentuk, dan slogan lain pada Perkhidmatan ialah tanda dagangan pemilik masing-masing.

BAHAGIAN 7 - ALAT PILIHAN
Anda mungkin diberikan akses kepada alat pelanggan yang ditawarkan oleh pihak ketiga sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan, yang tidak kami pantau dan tidak juga kami miliki kawalan atau input terhadapnya.
Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami menyediakan akses kepada alat tersebut “seadanya” dan “mengikut ketersediaan” tanpa sebarang waranti, representasi atau syarat dalam apa jua bentuk dan tanpa sebarang pengesahan. Kami tidak akan mempunyai sebarang liabiliti yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan alat pilihan pihak ketiga oleh anda.
Sebarang penggunaan alat pilihan yang ditawarkan melalui laman ini oleh anda adalah sepenuhnya atas risiko dan budi bicara anda sendiri dan anda harus memastikan anda memahami dan bersetuju dengan terma di mana alat tersebut disediakan oleh pembekal pihak ketiga yang berkaitan.
Kami juga mungkin, pada masa hadapan, menawarkan ciri baharu melalui Perkhidmatan (termasuk pelancaran alat dan sumber baharu). Ciri baharu tersebut juga akan dianggap sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan dan tertakluk kepada Terma Perkhidmatan ini.

BAHAGIAN 8 - PAUTAN PIHAK KETIGA
Perkhidmatan mungkin mengandungi bahan dan pautan ke laman web yang disediakan atau dikendalikan oleh pihak ketiga (termasuk sebarang fungsi pihak ketiga yang tertanam). Kami tidak bertanggungjawab untuk memeriksa atau menilai kandungan atau ketepatan mana-mana bahan atau laman web pihak ketiga yang anda pilih untuk diakses. Jika anda memutuskan untuk meninggalkan Perkhidmatan bagi mengakses bahan atau laman pihak ketiga ini, anda berbuat demikian atas risiko anda sendiri.
Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kemudaratan atau kerosakan yang berkaitan dengan akses anda kepada mana-mana laman web pihak ketiga, atau pembelian atau penggunaan anda terhadap mana-mana produk, perkhidmatan, sumber, atau kandungan di laman web pihak ketiga. Sila semak dengan teliti dasar dan amalan pihak ketiga tersebut dan pastikan anda memahaminya sebelum anda terlibat dalam sebarang transaksi. Aduan, tuntutan, kebimbangan, atau soalan mengenai produk dan perkhidmatan pihak ketiga hendaklah ditujukan kepada pihak ketiga tersebut.

BAHAGIAN 9 - HUBUNGAN DENGAN SHOPIFY
nuviebaby dikuasakan oleh Shopify, yang membolehkan kami menyediakan Perkhidmatan kepada anda. Namun, sebarang jualan dan pembelian yang anda buat di Kedai kami dibuat secara langsung dengan nuviebaby. Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda mengakui dan bersetuju bahawa Shopify tidak bertanggungjawab atas sebarang aspek jualan antara anda dengan nuviebaby, termasuk sebarang kecederaan, kerosakan, atau kerugian yang terhasil daripada produk dan perkhidmatan yang dibeli. Dengan ini anda secara jelas membebaskan Shopify dan syarikat bersekutunya daripada semua tuntutan, kerosakan, dan liabiliti yang timbul daripada atau berkaitan dengan pembelian dan transaksi anda dengan nuviebaby.

BAHAGIAN 10 - DASAR PRIVASI
Semua maklumat peribadi yang kami kumpulkan melalui Perkhidmatan tertakluk kepada Dasar Privasi kami, yang boleh dilihat di sini, dan maklumat peribadi tertentu mungkin tertakluk kepada Dasar Privasi Shopify, yang boleh dilihat di sini. Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda mengakui bahawa anda telah membaca dasar privasi ini.
Memandangkan Perkhidmatan dihoskan oleh Shopify, Shopify mengumpul dan memproses maklumat peribadi tentang akses dan penggunaan Perkhidmatan oleh anda bagi menyediakan dan menambah baik Perkhidmatan untuk anda. Maklumat yang anda serahkan kepada Perkhidmatan akan dihantar kepada dan dikongsi dengan Shopify serta pihak ketiga yang mungkin terletak di negara lain selain negara tempat anda tinggal, bagi menyediakan perkhidmatan kepada anda. Semak dasar privasi kami untuk butiran lanjut tentang cara kami, Shopify, dan rakan kongsi kami menggunakan maklumat peribadi anda.

BAHAGIAN 11 - MAKLUM BALAS
Jika anda menyerahkan, memuat naik, menyiarkan, mengirim e-mel, atau sebaliknya menghantar sebarang idea, cadangan, maklum balas, ulasan, usul, rancangan, atau kandungan lain (secara kolektif, “Maklum Balas”), anda memberi kami lesen yang kekal, di seluruh dunia, boleh disublesenkan, dan bebas royalti untuk menggunakan, menghasilkan semula, mengubah suai, menerbitkan, mengedarkan dan mempamerkan Maklum Balas tersebut dalam apa jua medium untuk apa jua tujuan, termasuk untuk kegunaan komersial. Kami boleh, sebagai contoh, menggunakan hak kami di bawah lesen ini untuk mengendalikan, menyediakan, menilai, meningkatkan, menambah baik dan mempromosikan Perkhidmatan dan untuk melaksanakan kewajipan kami serta menggunakan hak kami di bawah Terma Perkhidmatan.
Anda juga mengakui dan menjamin bahawa: (i) anda memiliki atau mempunyai semua hak yang diperlukan terhadap semua Maklum Balas; (ii) anda telah mendedahkan sebarang pampasan atau insentif yang diterima berkaitan dengan penyerahan Maklum Balas anda; dan (iii) Maklum Balas anda akan mematuhi Terma ini. Kami tidak berada dan tidak akan berada di bawah sebarang kewajipan (1) untuk menyimpan Maklum Balas anda secara sulit; (2) untuk membayar pampasan bagi Maklum Balas anda; atau (3) untuk membalas Maklum Balas anda.
Kami boleh, tetapi tidak berkewajipan untuk, memantau, menyunting atau mengalih keluar Maklum Balas yang kami tentukan mengikut budi bicara mutlak kami sebagai menyalahi undang-undang, menyinggung, mengancam, berunsur libel, memfitnah, pornografi, lucah atau sebaliknya boleh dibantah atau melanggar harta intelek mana-mana pihak atau Terma Perkhidmatan ini.
Anda bersetuju bahawa Maklum Balas anda tidak akan melanggar sebarang hak mana-mana pihak ketiga, termasuk hak cipta, tanda dagangan, privasi, personaliti atau hak peribadi atau proprietari yang lain. Anda seterusnya bersetuju bahawa Maklum Balas anda tidak akan mengandungi Maklum Balas yang berunsur libel atau sebaliknya menyalahi undang-undang, kesat atau lucah, atau mengandungi sebarang virus komputer atau perisian hasad lain yang boleh menjejaskan operasi Perkhidmatan atau mana-mana laman web yang berkaitan dalam apa-apa cara. Anda tidak boleh menggunakan alamat e-mel palsu, berpura-pura menjadi orang lain selain diri anda, atau sebaliknya mengelirukan kami atau pihak ketiga tentang asal usul sebarang Maklum Balas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang Maklum Balas yang anda buat dan ketepatannya. Kami tidak mengambil tanggungjawab dan tidak menanggung liabiliti bagi sebarang Maklum Balas yang disiarkan oleh anda atau mana-mana pihak ketiga.

BAHAGIAN 12 - RALAT, KETIDAKTEPATAN DAN PENINGGALAN
Sekali-sekala mungkin terdapat maklumat pada atau dalam Perkhidmatan yang mengandungi kesilapan menaip, ketidaktepatan atau peninggalan yang mungkin berkaitan dengan penerangan produk, harga, promosi, tawaran, caj penghantaran produk, masa transit dan ketersediaan. Kami berhak membetulkan sebarang kesilapan, ketidaktepatan atau peninggalan, dan mengubah atau mengemas kini maklumat atau membatalkan pesanan jika sebarang maklumat tidak tepat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu (termasuk selepas anda menghantar pesanan anda).

BAHAGIAN 13 - PENGGUNAAN YANG DILARANG
Anda hanya boleh mengakses dan menggunakan Perkhidmatan untuk tujuan yang sah. Anda tidak boleh mengakses atau menggunakan Perkhidmatan, secara langsung atau tidak langsung: (a) untuk sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang atau berniat jahat; (b) untuk melanggar sebarang peraturan, kaedah, undang-undang atau ordinan tempatan yang terpakai; (c) untuk melanggar atau mencabuli hak harta intelek kami atau hak harta intelek pihak lain; (d) untuk mengganggu, menyalahgunakan, menghina, mencederakan, memfitnah, mencemarkan nama baik, memperlekehkan, mengugut, atau mencederakan mana-mana pekerja kami atau mana-mana orang lain; (e) untuk menghantar maklumat palsu atau mengelirukan; (f) untuk menghantar, dengan sengaja menerima, memuat naik, memuat turun, menggunakan, atau menggunakan semula sebarang bahan yang tidak mematuhi Terma ini; (g) untuk menghantar, atau mengusahakan penghantaran, sebarang bahan pengiklanan atau promosi, termasuk sebarang “mel sampah,” “surat berantai,” “spam,” atau apa-apa permintaan lain yang serupa; (h) untuk menyamar atau cuba menyamar sebagai mana-mana orang atau entiti lain; atau (i) untuk terlibat dalam sebarang kelakuan lain yang menyekat atau menghalang penggunaan atau kenikmatan sesiapa terhadap Perkhidmatan, atau yang, seperti yang ditentukan oleh kami, boleh memudaratkan nuviebaby, Shopify atau pengguna Perkhidmatan, atau mendedahkan mereka kepada liabiliti.
Di samping itu, anda bersetuju untuk tidak: (a) memuat naik atau menghantar virus atau apa-apa jenis kod berniat jahat lain yang akan atau mungkin digunakan dalam apa-apa cara yang akan menjejaskan fungsi atau operasi Perkhidmatan; (b) menghasilkan semula, menggandakan, menyalin, menjual, menjual semula atau mengeksploitasi mana-mana bahagian Perkhidmatan; (c) mengumpul atau menjejaki maklumat peribadi orang lain; (d) menghantar spam, melakukan phishing, pharming, pretexting, spidering, crawling, atau scraping; atau (e) mengganggu atau memintas ciri keselamatan Perkhidmatan atau mana-mana laman web yang berkaitan, laman web lain, atau Internet. Kami berhak menggantung, melumpuhkan, atau menamatkan akaun anda pada bila-bila masa, tanpa notis, jika kami menentukan bahawa anda telah melanggar mana-mana bahagian Terma ini.

BAHAGIAN 14 - PENAMATAN
Kami boleh menamatkan perjanjian ini atau akses anda kepada Perkhidmatan (atau mana-mana bahagiannya) mengikut budi bicara mutlak kami pada bila-bila masa tanpa notis, dan anda akan kekal bertanggungjawab ke atas semua jumlah yang perlu dibayar sehingga dan termasuk tarikh penamatan.
Bahagian berikut akan terus terpakai selepas sebarang penamatan: Harta Intelek, Maklum Balas, Penamatan, Penafian Waranti, Had Liabiliti, Ganti Rugi, Kebolehpisahan, Pengetepian; Keseluruhan Perjanjian, Penyerahan Hak, Undang-undang yang Mengawal, Dasar Privasi, dan sebarang peruntukan lain yang menurut sifatnya sepatutnya kekal berkuat kuasa selepas penamatan.

BAHAGIAN 15 - PENAFIAN WARANTI
Maklumat yang dikemukakan pada atau melalui Perkhidmatan disediakan semata-mata untuk tujuan maklumat am. Kami tidak menjamin ketepatan, kelengkapan, atau kegunaan maklumat ini. Sebarang pergantungan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah sepenuhnya atas risiko anda sendiri. Kami menafikan semua liabiliti dan tanggungjawab yang timbul daripada sebarang pergantungan yang diletakkan pada bahan tersebut oleh anda atau mana-mana pelawat lain ke Perkhidmatan, atau oleh sesiapa yang mungkin dimaklumkan tentang mana-mana kandungannya.
KECUALI SEPERTI YANG DINYATAKAN SECARA JELAS OLEH nuviebaby, PERKHIDMATAN DAN SEMUA PRODUK YANG DITAWARKAN MELALUI PERKHIDMATAN DISEDIAKAN 'SEADANYA' DAN 'MENGIKUT KETERSEDIAAN' UNTUK PENGGUNAAN ANDA, TANPA SEBARANG REPRESENTASI, WARANTI ATAU SYARAT DALAM APA JUA BENTUK, SAMA ADA TERSURAT ATAU TERSIRAT, TERMASUK SEMUA WARANTI ATAU SYARAT TERSIRAT BAGI KEBOLEHNIAGAAN, KUALITI YANG BOLEH DINIAGAKAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, KETAHANAN, HAK MILIK, DAN TIADA PELANGGARAN. KAMI TIDAK MENJAMIN, MEMBERI REPRESENTASI ATAU MEMBERI WARANTI BAHAWA PENGGUNAAN PERKHIDMATAN OLEH ANDA AKAN TIDAK TERGANGGU, TEPAT PADA MASANYA, SELAMAT ATAU BEBAS RALAT. SESETENGAH BIDANG KUASA MENGHAD ATAU TIDAK MEMBENARKAN PENAFIAN WARANTI TERSIRAT ATAU LAIN-LAIN, JADI PENAFIAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK TERPAKAI KEPADA ANDA.

BAHAGIAN 16 - HAD LIABILITI
SEHINGGA TAHAP YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, DALAM APA JUA KEADAAN nuviebaby, RAKAN KONGSI, PENGARAH, PEGAWAI, PEKERJA, SYARIKAT BERSEKUTU, EJEN, KONTRAKTOR, PEMBEKAL PERKHIDMATAN ATAU PEMBERI LESEN KAMI, ATAU MEREKA DARIPADA SHOPIFY DAN SYARIKAT BERSEKUTUNYA, TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KECEDERAAN, KEHILANGAN, TUNTUTAN, ATAU SEBARANG KEROSAKAN LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, PENALTI, KHAS, ATAU BERBANGKIT DALAM APA JUA BENTUK, TERMASUK, TANPA HAD, KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KEHILANGAN HASIL, KEHILANGAN SIMPANAN, KEHILANGAN DATA, KOS PENGGANTIAN, ATAU SEBARANG KEROSAKAN YANG SERUPA, SAMA ADA BERDASARKAN KONTRAK, TORT (TERMASUK KECUAIAN), LIABILITI KETAT ATAU SEBALIKNYA, YANG TIMBUL DARIPADA PENGGUNAAN ANDA TERHADAP MANA-MANA PERKHIDMATAN ATAU SEBARANG PRODUK YANG DIPEROLEHI MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN, ATAU BAGI SEBARANG TUNTUTAN LAIN YANG BERKAITAN DALAM APA-APA CARA DENGAN PENGGUNAAN ANDA TERHADAP PERKHIDMATAN ATAU SEBARANG PRODUK, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, SEBARANG RALAT ATAU PENINGGALAN DALAM SEBARANG KANDUNGAN, ATAU SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN DALAM APA JUA BENTUK YANG DITANGGUNG SEBAGAI HASIL PENGGUNAAN PERKHIDMATAN ATAU SEBARANG KANDUNGAN (ATAU PRODUK) YANG DISIARKAN, DIHANTAR, ATAU DIJADIKAN TERSEDIA MELALUI PERKHIDMATAN, WALAUPUN DIMAKLUMKAN TENTANG KEMUNGKINANNYA.

BAHAGIAN 17 - GANTI RUGI
Anda bersetuju untuk menanggung ganti rugi kepada, membela dan melindungi nuviebaby, Shopify, dan syarikat bersekutu, rakan kongsi, pegawai, pengarah, pekerja, ejen, kontraktor, pemberi lesen, dan pembekal perkhidmatan kami daripada sebarang kerugian, kerosakan, liabiliti atau tuntutan, termasuk yuran guaman yang munasabah, yang kena dibayar kepada mana-mana pihak ketiga disebabkan oleh atau yang timbul daripada (1) pelanggaran anda terhadap Terma Perkhidmatan ini atau dokumen yang dimasukkan melalui rujukan, (2) pelanggaran anda terhadap mana-mana undang-undang atau hak pihak ketiga, atau (3) akses dan penggunaan anda terhadap Perkhidmatan.
Kami akan memaklumkan anda tentang sebarang tuntutan yang boleh diganti rugi, dengan syarat kegagalan untuk memaklumkan dengan segera tidak akan melepaskan anda daripada kewajipan anda melainkan anda mengalami prejudis yang material. Kami boleh mengawal pembelaan dan penyelesaian tuntutan tersebut atas perbelanjaan anda, termasuk pemilihan peguam, tetapi tidak akan menyelesaikan sebarang tuntutan yang memerlukan kewajipan bukan kewangan daripada anda tanpa persetujuan anda (yang tidak akan ditahan secara tidak munasabah). Anda akan bekerjasama dalam pembelaan tuntutan yang diganti rugi, termasuk dengan menyediakan dokumen yang berkaitan.

BAHAGIAN 18 - KEBOLEHPISAHAN
Sekiranya mana-mana peruntukan Terma Perkhidmatan ini ditentukan sebagai menyalahi undang-undang, terbatal atau tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan tersebut walau bagaimanapun boleh dikuatkuasakan setakat yang dibenarkan sepenuhnya oleh undang-undang yang terpakai, dan bahagian yang tidak boleh dikuatkuasakan itu akan dianggap sebagai diasingkan daripada Terma Perkhidmatan ini, penentuan sedemikian tidak akan menjejaskan kesahan dan kebolehkuatkuasaan mana-mana peruntukan lain yang tinggal.

BAHAGIAN 19 - PENGETEPIAN; KESELURUHAN PERJANJIAN
Kegagalan kami untuk melaksanakan atau menguatkuasakan sebarang hak atau peruntukan Terma Perkhidmatan ini tidak akan menjadi pengetepian hak atau peruntukan tersebut.
Terma Perkhidmatan ini dan sebarang dasar atau peraturan operasi yang disiarkan oleh kami di laman ini atau berkenaan dengan Perkhidmatan merupakan keseluruhan perjanjian dan persefahaman antara anda dengan kami dan mengawal penggunaan Perkhidmatan oleh anda, menggantikan sebarang perjanjian, komunikasi dan cadangan terdahulu atau serentak, sama ada lisan atau bertulis, antara anda dengan kami (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, sebarang versi terdahulu Terma Perkhidmatan).
Sebarang kekaburan dalam tafsiran Terma Perkhidmatan ini tidak akan ditafsirkan terhadap pihak yang menggubal.

BAHAGIAN 20 - PENYERAHAN HAK
Anda tidak boleh mewakilkan, memindahkan atau menyerahkan hak Perjanjian ini atau mana-mana hak atau kewajipan anda di bawah Terma ini tanpa persetujuan bertulis kami terlebih dahulu, dan sebarang percubaan sedemikian akan menjadi batal dan tidak sah. Kami boleh memindahkan, menyerahkan hak, atau mewakilkan Terma ini serta hak dan kewajipan kami tanpa persetujuan atau notis kepada anda.

BAHAGIAN 21 - UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL
Terma Perkhidmatan ini dan sebarang perjanjian berasingan yang menjadi asas kami menyediakan Perkhidmatan kepada anda hendaklah ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Singapura. Anda dan nuviebaby bersetuju dengan bidang kuasa mahkamah Singapura.

BAHAGIAN 22 - TAJUK
Tajuk yang digunakan dalam perjanjian ini disertakan untuk kemudahan sahaja dan tidak akan mengehadkan atau sebaliknya menjejaskan Terma ini.

BAHAGIAN 23 - PERUBAHAN PADA TERMA PERKHIDMATAN
Anda boleh menyemak versi Terma Perkhidmatan yang terkini pada bila-bila masa di halaman ini.
Kami berhak, mengikut budi bicara mutlak kami, untuk mengemas kini, mengubah atau menggantikan mana-mana bahagian Terma Perkhidmatan ini dengan menyiarkan kemas kini dan perubahan di laman web kami. Menjadi tanggungjawab anda untuk menyemak laman web kami secara berkala bagi perubahan. Kami akan memaklumkan anda tentang sebarang perubahan material pada Terma ini mengikut undang-undang yang terpakai, dan perubahan tersebut akan berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam notis. Penggunaan atau akses berterusan anda kepada Perkhidmatan selepas penyiaran sebarang perubahan pada Terma Perkhidmatan ini merupakan penerimaan perubahan tersebut.

BAHAGIAN 24 - MAKLUMAT HUBUNGAN
Soalan tentang Terma Perkhidmatan hendaklah dihantar kepada kami di support@nuviebaby.com.
Maklumat hubungan kami disiarkan di bawah:
NUVIEBABY PTE LTD (Singapore)
68 Circular Road, #02-01
Singapore 049422